KEBURUKAN SOYA
ANTARA KEBURUKAN SOYA:
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan yang kita makan tidak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, menyebabkan sel darah bercantum sesama sendiri.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz. Namun, ianya juga mengandungi bahan racun dan perosak.
5. Mengandungi natural toxin
iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh.
Toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya
boleh menyebabkan kembung perut, kekurangan asid amino dan kerosakan pankreas. Akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya, sesetengah pengeluar soya membasuh soya tertsebut dengan asid di dalam tangki aluminium.
6. Mengandungi unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan yang boleh melemahkan minda.
7. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Kajian
menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai
hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan
mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development sehingga boleh
mempengaruhi kejantinaan seseorang.
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu
komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
Susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone iaitu
komponen sebatian kimia yang dikaji mampu melegakan simptom menopaus,
mengelakkan kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan
risiko peyakit jantung.
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavonei ni bukan mudah untuk diekstrak
dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian
(fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang
dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam
erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian
sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk
diminum.
Kacang
soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin
dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses
memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara
semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama
‘phytic acid’ iaitu yang mampu menghalang penyerapan mineral tertentu
seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Phytic acid juga
merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding
kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin iaitu yang menyebabkan terbentuknya jaringan
virus H1N1. Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah
tempe.
Namun, bagi sesetengah produk soya seperti air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan
ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu
berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu
lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka.
Menurut
Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi
susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu
kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang
bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu
mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical
ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang
mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Ini seolah-olah
menggalakkan bayi membesar lebih cepat tumbesarannya dari kadar yang
sepatutnya.
Pada
1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30
gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada
peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Lelaki
yang mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan
mengurangkan pengambilan makanan itu kerana penyelidik mendapati ia
berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan
sperma.
Kajian
mendapati, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya
menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak
memakannya.
Di
kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes,
kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan
lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.
Menurut
penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon
seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan
mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah
ketidaksuburan.
Dalam
kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang
mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan
sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya
langsung.
Diketuai
oleh Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston,
mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan
soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju,
dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.
Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik.

No comments:
Post a Comment